#Baru-baru ini, beberapa foto seorang gadis yang dikatakan sebagai bakal isteri Zizan Razak iaitu Nur Edora Diyana telah tersebar di Internet...
#Menerusi akhbar Kosmo, bapa kepada Zizan Razak mengesahkan gadis dalam foto itu adalah Nur Edora. Anaknya itu telah membawa gadis tersebut untuk berjumpa dengannya sebanyak tiga kali di bandar Kuala Terengganu pada sekitar tahun 2014 dan meluahkan hasrat untuk memperisterikannya.
Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja. Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya.
#Walaubagaimanapun, bapanya menafikan dakwaan yang mengatakan Zizan sudah bertunang dan kahwin secara senyap-senyap dengan Nur Edora.
Berdasarkan maklumat sesetengah pihak, rencana untuk bernikah dengan gadis tersebut berlaku sebulan sebelum konflik hubungan Zizan dan kekasihnya Emma Maembong berlaku. Malah pada waktu tersebut keluarga Zizan dan Nur Edora sudah bertemu untuk membicarakan soal pernikahan anak-anak mereka.....
#Jika benar pertemuan dua keluarga ini terjadi sebulan sebelum Zizan Razak dan Emma Maembong menghadapi konflik dalam percintaan, adakah bermakna Zizan sebenarnya curang? Kami tidak menuduh tetapi pasti ada sebab tertentu Emma sudah tidak mahu kembali pada Zizan.....
#mawar
0 comments :
Post a Comment