Home » » (2 FOTO) KOMPOSER AJAI TAYANG BODY SADO!!.....

(2 FOTO) KOMPOSER AJAI TAYANG BODY SADO!!.....

Written By mawarsari on Saturday, April 25, 2015 | 8:47 PM

#Kalau sebelum ini Norman Hakim dikatakan antara selebriti yang agak berumur dan mempunyai badan sasa yang cukup mantap dari hari ke hari, kini komposer terkenal Ajai juga nampaknya sudah memiliki bentuk badan “sado” dan tidak merasa segan untuk menayang foto tubuh badan beliau kepada umum....


#Walaupun dikritik kerana memuat naik foto yang agak tidak sesuai ke laman Instagram, buat Ajai ia masih lagi sopan apabila tidak bergambar secara bogel dan sekadar ingin berkongsi aktiviti beliau bersama peminat.

#Pada saya isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana semua orang tahu saya cuma tidak memakai baju dan masih lagi berseluar bukannya gambar tersebut menunjukkan saya bogel...

#Saya tidak kisah orang ingin mempertikaikan perkara itu kerana ia merupakan pendapat masing-masing dalam memberi pandangan tentang apa yang mereka rasa kerana mulut orang bukan kita boleh tutup. Perkara seperti ini tidak perlu menjadi persoalan kerana ia hanyalah perkongsian aktiviti saya kepada peminat....

#Setiap kritikan yang diterima oleh Ajai, menjadi pembakar semangat untuk kekalkan tubuh badan sihat dan terus melakukan senaman untuk mencapai targetnya...

#Tambahnya lagi, tujuan lain beliau memuat naik gambar tersebut adalah untuk memotivasikan pengikut beliau di laman sosial agar mereka juga turut mengamalkan gaya hidup sihat sepertinya...


#Jika umur sudah memasuki usia 40 tahun semestinya kita harus menjaga kesihatan kerana faktor untuk mendapat penyakit tiga serangkai ( lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi) adalah tinggi. Tapi anda harus ingat, setiap senaman yang kita lakukan harus bersesuai dengan tubuh badan. Jangan hendak ikut trend dan tayang body sahaja.....

#mawar



SHARE

About mawarsari

0 comments :

Post a Comment