#Zul Ariffin menempa populariti setelah berlakon dalam drama slot Akasia ‘Rindu Awak 200%’ bergandingan dengan Ayda Jebat. Sebelum itu Zul telah berkecimpung dalam dunia lakonan namun tidak meraih tahap populariti sama sebelum berlakon untuk slot drama yang terkenal ditayangkan di waktu senja tersebut.
#Namun sejak kebelakangan ini kita sering mendengar perkhabaran mengenai sikap Zul yang telah berubah, bukan saja di kalangan wartawan malah di kalangan peminat juga. Zul bagaimanapun menafikan dia mula sombong sejak popular.
#Baru-baru ini seorang peminat telah memberi komen di laman BeautifulNara meminta pengalamannya dilayan sepi oleh pelakon itu sewaktu diajak bergambar:
Aku sangat tak puas hati dengan ZUL ARIFFIN. Baru je sebentar tadi dekat KLIA 2, kawan aku nak bergambar dengan ZUL ARIFFIN.
Aku fahamlah, dia baru ‘just arrive’ balik berjimba dengan Gayatri Su Lin Pillai. Dia boleh cakap,
“Eh korang ni, tak nampak ke dengan family aku ni? Penat, baru je sampai. Okaylah, meh la cepat ambil gambar.”
**** la lu ****, ******* punya Zul Ariffin. Kau ingat baru menang 1, 2 anugerah ABPBH hari tu, kau dah boleh sombong ke? Nak je aku dengan kawan aku cakap, “Tak payahlah ambil gambar, sombong,” tapi nak jaga air muka kau depan orang ramai, aku gagahkan juga ambil gambar kau dengan kawan aku tadi.
Kalau kau tak suka jadi public figure, jangan jadi artis!!! Pakailah rambut palsu ke, pakai topeng ke. Ambil gambar 1, 2 minit pun, bukan 2, 3 jam pun. Tapi 2 saat je. Memang **** pun la mamat ni.
Kalau siapa-siapa tak percaya, aku ada gambar dia dengan member aku.
Kalau kau nak tahu, Zul Ariffin, kau menang ABPBH hari itu sebab kitorang yang peminat bodoh kau ni lah yang undi kau. Memang sumpah aku benci dengan kau sekarang. Menyesal beb!!!
Masih ingat lagi kata-kata kau kat telinga aku ni. Suweiii.
Aku nanti boleh bagi gambar yang kita tangkap tadi. Zul Ariffin hanya pandai bermuka-muka depan wartawan dan cakap yang manis-manis sahaja tapi hakikat cam ******....
#Peminat itu juga meminta peristiwa ini diviralkan di blog-blog atas alasan mahu orang ramai mengetahui sikap sebenar Zul...
#Walau begitu, sekali lagi kami memberi cadangan agar peminat hanya minta untuk bergambar dengan selebriti ketika mereka bekerja iaitu dalam acara promosi drama atau filem sahaja. Selebriti juga manusia yang mahukan masa peribadi. Buatnya selebriti tengah bad mood, dilayan seperti kamu seperti yang kamu dah kena atau ditolaknya terus untuk bergambar dengan kamu...
#Diharap Zul Ariffin dan peminat tersebut bertabah dengan dugaan yang melanda.......
#mawar
.
0 comments :
Post a Comment